Sunday 25 December 2016

Adakah Aku Sudah Bersedia?

Assalamualaikum peeps.

Kaifa haaluk?

Maaf, agak kekok untuk berbicara melalui kata-kata kerna selama ini hanya mampu berdiam tanpa memberi sebarang reaksi.

Maaf, andai kata diri ini banyak khilaf dalam membuka ruang minda pembaca untuk menjadi lebih matang dalam setiap langkah dan kerja.

Aku tak kuat. Aku banyak dosa. Aku sangat hina. Aku meronta untuk menjadi aku yang dulu. Aku mahu aku yang dulu. Aku yang dulu yang berjaga-jaga jika mahu melakukan dosa. Aku yang dulu taat perintah Dia. Aku yang dulu tak pernah buka cermin mata untuk melihat mereka melakukan durja. Aku yang dulu hanya diam tak bersuara. Menghakimi seseorang hanya dalam hati dan terus berdoa supaya tidak melakukannya pada masa akan datang. Aku yang dulu bukanlah aku yang sekarang. Maaf, aku tak kuat nak tempuh akan datang andai cabarannya akan jadi lebih menggila. Aku tak kuat. Aku tak kuat. Aku tak kuat. Aku nak aku yang dulu!

Tolong aku. Tolong kuatkan aku. Tolong doakan aku. Tolong tarik aku. Aku nak jadi aku yang dulu. Doakan aku kuat. Kuat nak tempuh dunia yang sangat menipu ini. Aku tak sanggup nak tabur dosa dalam buku amalan aku. Apa guna aku buat baik kalau dosa aku bersepah dalam buku amalan. Sanggup ke aku nak tengok buku amalan aku banyak yang merah daripada yang hijau. Aku nak duduk dalam tempat yang indah tapi sekarang aku buat banyak perkara yang akan bakar diri sendiri. 

Aku nak jumpa kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W. Aku nak jumpa baginda. Aku nak minta syafaat baginda. Aku nak terima kasih kat baginda kerana baginda usaha untuk sampaikan apa itu Islam dalam diri aku. Islam agama yang sangat mulia. Agama yang patut disanjung kerana terdapat ramai orang yang sangat dahsyat imannya kepada Dia.

Satu yang aku minta, doakan aku ya. Doakan kita sama-sama masuk syurga. Kita nak jadi muslim yang benar-benar muslim. Bukan muslim yang hanya pada nama. Islam itu kena aplikasikan dalam kehidupan seharian kita kerana Islam itu sendiri sudah menyeluruh meliputi segenap perkara di atas muka bumi ini.

Maaf, aku perlu undur diri buat seketika. Berikan aku ruang untuk aku cari semangat untu pulihkan aku yang sekarang. Maaf ya semua.

Alhamdulillah. Moga Allah redha. Barakallahu feek.

Semoga ketemu lagi.
Assalamualaikum.