…
…
…
…
Assalamualaikum peeps.
Kaifa haaluk?
Maaf, agak kekok untuk berbicara melalui kata-kata kerna
selama ini hanya mampu berdiam tanpa memberi sebarang reaksi.
Maaf, andai kata diri ini banyak khilaf dalam membuka ruang minda
pembaca untuk menjadi lebih matang dalam setiap langkah dan kerja.
Aku tak kuat. Aku banyak dosa. Aku sangat hina. Aku meronta
untuk menjadi aku yang dulu. Aku mahu aku yang dulu. Aku yang dulu yang berjaga-jaga jika mahu melakukan dosa. Aku yang dulu taat perintah Dia. Aku yang dulu tak pernah
buka cermin mata untuk melihat mereka melakukan durja. Aku yang dulu hanya diam
tak bersuara. Menghakimi seseorang hanya dalam hati dan terus berdoa supaya
tidak melakukannya pada masa akan datang. Aku yang dulu bukanlah aku yang
sekarang. Maaf, aku tak kuat nak tempuh akan datang andai cabarannya akan jadi
lebih menggila. Aku tak kuat. Aku tak kuat. Aku tak kuat. Aku nak aku yang
dulu!
Tolong aku. Tolong kuatkan aku. Tolong doakan aku. Tolong tarik
aku. Aku nak jadi aku yang dulu. Doakan aku kuat. Kuat nak tempuh dunia yang
sangat menipu ini. Aku tak sanggup nak tabur dosa dalam buku amalan aku. Apa guna
aku buat baik kalau dosa aku bersepah dalam buku amalan. Sanggup ke aku nak
tengok buku amalan aku banyak yang merah daripada yang hijau. Aku nak duduk
dalam tempat yang indah tapi sekarang aku buat banyak perkara yang akan bakar
diri sendiri.
Aku nak jumpa kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W. Aku nak jumpa
baginda. Aku nak minta syafaat baginda. Aku nak terima kasih kat baginda kerana
baginda usaha untuk sampaikan apa itu Islam dalam diri aku. Islam agama yang
sangat mulia. Agama yang patut disanjung kerana terdapat ramai orang yang
sangat dahsyat imannya kepada Dia.
Satu yang aku minta, doakan aku ya. Doakan kita sama-sama
masuk syurga. Kita nak jadi muslim yang benar-benar muslim. Bukan muslim yang
hanya pada nama. Islam itu kena aplikasikan dalam kehidupan seharian kita
kerana Islam itu sendiri sudah menyeluruh meliputi segenap perkara di atas
muka bumi ini.
Maaf, aku perlu undur diri buat seketika. Berikan aku ruang
untuk aku cari semangat untu pulihkan aku yang sekarang. Maaf ya semua.
Alhamdulillah. Moga Allah redha. Barakallahu feek.
Semoga ketemu lagi.
Assalamualaikum.