Monday 30 January 2017

Healer. Remedy.


Bismillah.
.
Mungkin kita rasa kita sudah cukup baik.
Mungkin kita ada rasa cukuplah dengan amal kebaikan yang kita buat.
Mungkin kita rasa ‘aku lagi baik daripada kau’.
Mungkin kita rasa ‘aku stalk dia je tapi aku tak pernah confess dia. Ok apa yang aku buat tu.’
Mungkin kita rasa ‘kenapa aku tak boleh excel macam dia even dia 24 hrs contact with other gender’.
.
Semua jawapan itu ada pada diri kau sendiri.
.
Kau pernah fikir kalau kau rasa kau cukup baik, sejauh mana tahap pengorbanan kau terhadap agama jika nak dibandingkan dengan para sahabat?
Kau pernah fikir adakah semua amalan kebaikan yang kau lakukan itu kau buat benar-benar ikhlas, diredhai dan diterima oleh Allah.  
Kau pernah fikir tahap baik diri kau itu hanya berunsurkan nafsu untuk menunjuk-nunjuk?
Kau pernah fikir dengan aktiviti stalk kau itu, ada malaikat kiri kanan sedang menyaksikan perbuatan kau dan pada masa yang sama hati kau gelojoh menambahkan titik hitam?
Kau pernah fikir di mana keberkatan ilmu yang kau belajar selama ini dan sebenarnya kau juga ada perasaan untuk membuat perkara-perkara dilarang olehNya?
.
Kita sebenarnya dilahirkan ke muka bumi ini dengan sifat baik baik belaka.
Tiada satu pun sifat yang tercela dihiasi pada diri kita.
Tapi, semakin kita meningkat remaja semakin banyak benda yang kita rasa ‘aku nak cuba juga macam dia’.
Pernah tak terfikir, andai kata ketika kita berselera melakukan dosa, nyawa kita ditarik Dia.
Apa yang kita nak jawab kat ‘sana’ nanti?
.
Apabila Allah tanya;
Apa yang kau dah buat dengan mata kau?
Apa yang kau buat dengan telinga kau?
Apa yang kau buat dengan kaki kau?
Apa yang kau buat dengan tangan kau?

Dan yang paling ngeri [soalan maut];
Apa yang kau buat dengan hati kau?
.
Mampu kah kita jawab dengan;
Aku tengok maksiat, aurat mereka yang terdedah dengan mata aku.
Aku dengar muzik yang melalaikan sehingga aku tak menyahut seruanMu dan melewatkan solat aku.
Aku pergi tempat-tempat orang berpusu-pusu dan mereka menghiburkan aku.
Aku guna tangan aku untuk menaip nama si dia untuk aku tatap gambar wajahnya satu persatu.
Dan secara tak sengaja aku dah menghitamkan hati aku ini akibat semua perkara durja yang aku lakukan selama ini.
.
Awak, apa Allah kasi semua itu hanya pinjaman. Pada kemudian hari, ketika kita berada di Padang Mahsyar, semua pinjaman yang diberikan akan dipulangkan.
Tapi, kita hidup di dunia ini seolah-olah kita merasakan bahawa semua barang pinjaman ini kita punya selama-lamanya.
Tak malu kah kita dengan Allah?
Kita hanya meminjam dan kita tak mampu memiliki.
Kerna kita hidup di dunia ini tiada seurat benang pun milik kita.
Lalu, kenapa kita perlu berlagak sombong dan merasakan semua kita punya?
.
Mari,
Kita muhasabah diri.
Kita lembutkan hati.
Kita tadah tangan, minta ampun denganNya.
Kita gerakkan kaki berjemaah di masjid.
Kita basahkan lidah membaca surat cinta daripadaNya.
.
Kadang, kita perlukan peringatan supaya kita tidak leka.
Kita perlukan sokongan untuk kita kuat berada di jalanNya.
Kita inginkan pelukan sebagai satu tanda kasih sayang daripada mereka yang sentiasa di sisi.
.
Tidak mengapa.
Manusia memang lemah.
Kita akan kuat bila kita bersama-sama.
Janji dengan diri, walau sehebat mana ujian, Allah sentiasa mengiringi.
.
Semoga metamorfosis yang kita buat ini sentiasa istiqamah.
Lelaki, tundukkan pandanganmu daripada melihat mereka yang tidak berwaspada.
Perempuan, tutup auratmu seperti mana yang telah disyariatkanNya.
.
Jangan cepat menilai kepada mereka yang masih merangkak mencari sinarNya.
Sepatutnya kita yang perlu hulurkan tangan, bantu mereka bersama-sama.
Semoga syurga milik kita.
.
Wallahua’lam.
Barakallahu feek.
Ma’assalamah.