“Selagi aku boleh bertahan, aku
tahan. Aku kena kuat. Aku taknak air mata aku jatuh. Tu maknanya aku kalah. Ya,
memang orang akan kata ego aku tinggi. Ego aku jadi macam ni disebabkan kau
juga. Kau yang menjadikan aku bertukar seperti ini. Aku jenis orang yang bila
kau consult leklok, aku pun akan leklok terima yang kau cakap. Tapi, bila jadi
macam ni, kau guna emosi. Emosi yang kuasai kau untuk menentukan semua
keputusan. Emosi yang kau fikir itulah jalan penyelesaian untuk semua masalah.
Kau silap, silap sama sekali. Ni pantang besar aku kalau kau masukkan sekali
emosi dalam perbincangan. Sebab tu aku selalu pesan, apa-apa yang kita buat,
cuba fikirkan apa yang orang lain rasa. Cuba letakkan diri kau dalam kasut
orang lain. Baru kau tahu apa yang kau buat selama ni adil untuk semua orang.
Bukannya ikut hawa nafsu yang mendajal perasaan marah baran kau yang meletup dan
tengah membara.
Nak tanya, memang kau tak boleh
letak kat luar masalah yang berkaitan dengan emosi sebelum kau explain leklok
kat aku? Aku juga perempuan, main dengan emosi, tapi aku tak tergamak nak
lepaskan masalah aku kat orang lain. Orang lain yang kena tempias, masalah kau
still tak settle lagi.
Mana sifat professional kau?
Jangan dok kecoh terapkan professionalisme dalam kerja bila kau sendiri yang
lemparkan kemarahan kau bukan sebab kesalahan kami. Ya, aku faham kau sedang
ribut dilanda badai, tapi kesiankanlah kat orang yang tiada kaitan tapi terasa
dengan api kemarahan kau.
Selama ini aku diam, aku tak nak
berkata apa-apa. Aku cuma diam dan perhati. Aku nak pupuk sabar aku sampai
tiada limitasi. Aku juga fikir kau jadi sebegini sebab aku ke? Salah aku yang
mana aku silap pada pandangan kau? Jelaskan pada aku, bukannya
sebarang-sebarang menghukum dan mengadili tanpa wujudkan musyawarah bersemuka.
Semua benda boleh settle dengan leklok la. Tidak mengapa, biar aku yang sakit
tanggung perasaan ini tapi aku masih waras tak libatkan sesiapa dalam
pergelutan ini. Tak seperti kau yang tiada hati perut untuk lemparkan api
kemarahan kau kepada sesiapa sahaja yang kau mahu! Ingat, dunia ni tak jauh
mana pun kalau kau lari. Kau akan pusing juga apa yang kau buat kat orang lain.
Cuma masa dan bila tu belum sampai lagi.
Penat tau penat. Nak layankan
orang yang sikap macam kau. Hati aku sakit. Kalau ikutkan perasaan, aku nak
tampar kau tadi. Sebab kau dah tersasar jauh menggilanya. Kau bertindak tanpa memikirkan
hati dan perasaan orang lain. Biadap namanya. Nasib baik aku ni jenis malas
melayan orang yang macam kau. Buat apa apa tak fikir sebab akibat. Orang
nasihat buat pandai, orang dah tolong, taknak hargai, kat belakang kata itu
kata ini, jadi apa yang kau nak sekarang?
Susah kau nak jumpa orang yang
macam aku. Yang mana aku jenis gamble telan makan semua benda. Pahit masin
tawar manis kelat likat yang semua aku telan. Aku hadam. Aku makan. Kat situ
aku faham bagaimana permainan dunia. Alik-alik dia akan putar balik apa yang
kau buat kat orang, kau akan dapat balik. Kau lempar tahi kat orang lain, satu
hari nanti kau akan rasa juga tahi yang kau lemparkan.
Dah. Aku dah malas nak layan
perangai kau macam ni. Aku dah fed up. Lantak la apa nak jadi. Aku kalau dah
malas, kau merayu keluar air mata darah pun aku dah taknak layan. Kau yang
buatkan aku macam ini, jadi kau kena tanggung akibat dia.”
To be continue…