Sunday 13 August 2017

Tabah!

“Selagi aku boleh bertahan, aku tahan. Aku kena kuat. Aku taknak air mata aku jatuh. Tu maknanya aku kalah. Ya, memang orang akan kata ego aku tinggi. Ego aku jadi macam ni disebabkan kau juga. Kau yang menjadikan aku bertukar seperti ini. Aku jenis orang yang bila kau consult leklok, aku pun akan leklok terima yang kau cakap. Tapi, bila jadi macam ni, kau guna emosi. Emosi yang kuasai kau untuk menentukan semua keputusan. Emosi yang kau fikir itulah jalan penyelesaian untuk semua masalah. Kau silap, silap sama sekali. Ni pantang besar aku kalau kau masukkan sekali emosi dalam perbincangan. Sebab tu aku selalu pesan, apa-apa yang kita buat, cuba fikirkan apa yang orang lain rasa. Cuba letakkan diri kau dalam kasut orang lain. Baru kau tahu apa yang kau buat selama ni adil untuk semua orang. Bukannya ikut hawa nafsu yang mendajal perasaan marah baran kau yang meletup dan tengah membara.
Nak tanya, memang kau tak boleh letak kat luar masalah yang berkaitan dengan emosi sebelum kau explain leklok kat aku? Aku juga perempuan, main dengan emosi, tapi aku tak tergamak nak lepaskan masalah aku kat orang lain. Orang lain yang kena tempias, masalah kau still tak settle lagi.
Mana sifat professional kau? Jangan dok kecoh terapkan professionalisme dalam kerja bila kau sendiri yang lemparkan kemarahan kau bukan sebab kesalahan kami. Ya, aku faham kau sedang ribut dilanda badai, tapi kesiankanlah kat orang yang tiada kaitan tapi terasa dengan api kemarahan kau.
Selama ini aku diam, aku tak nak berkata apa-apa. Aku cuma diam dan perhati. Aku nak pupuk sabar aku sampai tiada limitasi. Aku juga fikir kau jadi sebegini sebab aku ke? Salah aku yang mana aku silap pada pandangan kau? Jelaskan pada aku, bukannya sebarang-sebarang menghukum dan mengadili tanpa wujudkan musyawarah bersemuka. Semua benda boleh settle dengan leklok la. Tidak mengapa, biar aku yang sakit tanggung perasaan ini tapi aku masih waras tak libatkan sesiapa dalam pergelutan ini. Tak seperti kau yang tiada hati perut untuk lemparkan api kemarahan kau kepada sesiapa sahaja yang kau mahu! Ingat, dunia ni tak jauh mana pun kalau kau lari. Kau akan pusing juga apa yang kau buat kat orang lain. Cuma masa dan bila tu belum sampai lagi.
Penat tau penat. Nak layankan orang yang sikap macam kau. Hati aku sakit. Kalau ikutkan perasaan, aku nak tampar kau tadi. Sebab kau dah tersasar jauh menggilanya. Kau bertindak tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain. Biadap namanya. Nasib baik aku ni jenis malas melayan orang yang macam kau. Buat apa apa tak fikir sebab akibat. Orang nasihat buat pandai, orang dah tolong, taknak hargai, kat belakang kata itu kata ini, jadi apa yang kau nak sekarang?
Susah kau nak jumpa orang yang macam aku. Yang mana aku jenis gamble telan makan semua benda. Pahit masin tawar manis kelat likat yang semua aku telan. Aku hadam. Aku makan. Kat situ aku faham bagaimana permainan dunia. Alik-alik dia akan putar balik apa yang kau buat kat orang, kau akan dapat balik. Kau lempar tahi kat orang lain, satu hari nanti kau akan rasa juga tahi yang kau lemparkan.
Dah. Aku dah malas nak layan perangai kau macam ni. Aku dah fed up. Lantak la apa nak jadi. Aku kalau dah malas, kau merayu keluar air mata darah pun aku dah taknak layan. Kau yang buatkan aku macam ini, jadi kau kena tanggung akibat dia.”
To be continue…

Friday 17 February 2017

Wanita.

Bismillah. 
.
.

Jangan main-main dengan emosi wanita.

Kes ibu kelar anak.
Kes ibu campak bayi dari rumah flat tingkat atas.
Kes meroyan.
Kes isteri lari dari rumah.
Kes ummul mukminin cemburu hingga pecahkan mangkuk di depan Rasulullah.
Kes emosi seorang wanita.

Saya mohon, masyarakat khususnya suami dan keluarga terdekat jangan pandang remeh bila seorang wanita kelihatan sudah mula beremosi.

Bantu dia.
Ratibkan zikir dan doa di dalam hati kita.
Peluk. Pujuk.

Wanita ketika sedang penat atau tidak sihat sangat mudah beremosi. Wanita yang sedang emosi sangat perlukan perhatian. Jangan ditinggalkan. Kalau dia mahu luah perasaan, biar dia luahkan. Dengar saja. Jangan bantah apa-apa.

Wanita ketika sedang beremosi hanya perlu melepaskan apa yang terbuku di dadanya.
Dia ingin keluarkan rasa sesak yang mengganggu. Ketika ini, otaknya tepu. Jiwanya beku!

Maka jangan masukkan apa-apa lagi.
Ini bukanlah masa yang tepat untuk memberikan nasihat, apatah lagi untuk berdebat.

Waktu seorang wanita sedang diamuk perasaan, syaitan berkerumun di sekelilingnya.
Waktu ini, setinggi mana pun ilmunya, mungkin terbang entah ke mana. Sekukuh mana pun imannya, mungkin dia akan tewas juga.

Jadi jangan marah seorang wanita ketika dia sedang marah.
Bantu dia melepasi saat sukarnya. Jangan umpan lagi kemarahannya hingga dia buat kesilapan yang akhirnya dia sendiri sesali. Tenangkan saja seorang wanita yang sedang dirasuk emosi.
Peluk. Pujuk.

Nanti bila dia sudah tenang, bila fikirannya sudah kembali rasional, bila apa yang tersumbat di dadanya sudah keluar, sudah lega, nasihatilah dia.
InsyaAllah ketika ini, nasihat kita masuk seperti air. Cair dan mengalir.

Seorang wanita itu dianugerahi Allah sifat yang sangat teliti. Kerana teliti, dia boleh menguruskan banyak hal-hal rumahtangga secara terperinci. Namun kerana teliti juga, adakalanya dia menyusahkan diri sendiri. Hal-hal yang kecil bagi seorang lelaki mungkin dianggap besar baginya.

Tegurlah jika dia tersalah. Tapi tegurlah pada masa yg betul.

Sungguh sifat seorang wanita dan lelaki tidak sama. Kemampuan mengawal emosi juga tidak sama. Maka cubalah fahami perbezaan ini. InsyaAllah, Banyak masalah dan musibah dapat dijauhi.

"Wanita itu dijadikan dari tulang yang bengkok.
Kalau dibengkokkan, semakin bengkok. Kalau diluruskan, ia patah. Kalau dibiarkan, ia terus bengkok. Maka nasihatinya dengan kata-kata yang baik."

Ini Rasulullah yang pesan. Saya cuma sampaikan. Pesanan yang sudah cukup menggambarkan betapa tidak mudahnya mengendalikan emosi seorang wanita. Justeru, Berhikmahlah.

Lelaki,
Jangan cuma mahu terima seorang wanita dalam keadaan cantik manisnya sahaja. Belajarlah juga menerima dia ketika ribut melanda jiwa rapuhnya.

Untukmu lelaki, mengertilah saat kamu ingin berkenalan dengan seorang perempuan lalu ia nampak sangat tegas bahkan terasa sangat sombong, mungkin saat itu dia sedang berusaha mengajar dirinya untuk menjaga ikhtilatnya. Hargai mujahadahnya, jauhkan diri darinya dan bawalah dia dalam doa mu. 

Terima orang lain seadanya seperti mana dia juga menerima kita seadanya kita.
InsyaAllah,
mudah melentur bahagia.
Allahumma ameen.
Biiznillah.

Wallahua'lam.

Friday 10 February 2017

Kekuatan.

Bismillah.
.
Orang selalu kata kuat itu akan hadir bila kau jatuh bergolek berkali-kali.
Kuat itu akan datang bilamana kau tempuh ujian dengan hati yang kental.
Kuat itu akan muncul pabila kau masih bersemangat walaupun kau dikecewakan banyak kali.
Kuat itu ditonjolkan perbuatan kau yang selalu ceria seolah-olah kau tak pernah ada masalah.
.
Satu aku nak pesan;
Kuat itu bermula dengan kekuatan dalaman kau sendiri.
Sama ada kau akan terus bertahan atau terus menyerah kalah.
.
Bagi aku;
Tak mudah untuk aku serah diri bila aku fikir banyak benda aku dah korbankan untuk masa depan aku.
Aku juga tak akan melatah bilamana ada sesuatu benda yang menjentik aku untuk rebah dan berasa lelah.
Aku juga susah untuk menidakkan sesuatu bila aku mahukan sesuatu.
Aku punya visi dan prinsip.
Aku punya impian dan harapan.
Bukan sebegitu mudah akan aku bertindak sedemikian.
.
Seseorang itu mencari kekuatan melalui dirinya sendiri.
Melalui lubuk hati nurani yang halus itu sendiri.
Melalui monolog dalaman dia sendiri.
Tak perlu kata-kata orang lain untuk membangkitkan semangat kembali.
.
Bila mana dalam diri berkata;
‘Sakit mana pun jalan ini, aku tetap akan hadap dia. Ini jalan yang aku pilih. Jalan yang aku ambil. Kenapa aku perlu lemah sedangkan dalam dunia ini tiada yang mustahil bila Allah berkata; Kun Fayakun!’
.
Jadi, kenapa harus takut? Tak ada sebab untuk kau takut bila kau sendiri yang nak!
Walaupun dia nampak lemah, tetapi bila kekuatan dalamannya berkata ‘Aku kena teruskan jalan ini even aku tahu ia amat perit’ dia tetap akan teruskan.
.
Satu je aku minta.
Kuatkan diri kau.
Aku ulang;
Kuatkan diri kau.
Kuatkan diri kau.
Kuatkan diri kau.
Kalau selama ini kau boleh bertahan, mesti kau boleh untuk membuang kelemahan dan menambaik perbuatan.
Walaupun susah, kau tetap perlu usaha.
Cari semula jalan penyelesaian.
.
Kalau aku, ketika aku punya masalah, aku lebih suka membaca buku yang memberi motivasi.
Menyemak helai demi helai ayat-ayat cinta daripadaNya.
Mencari kata-kata mereka yang akan membaiki diri.
Merenung kepada mereka yang cekal dalam menempuh ranjau dan duri.
.
Kalau mereka boleh bertahan, kenapa tidak kita?
Fikir-fikirkan.
Tanya pada diri.
Semoga kau akan menjumpai jawapannya.
InsyaAllah. Biiznillah.
.
Wallahua’lam.

Monday 6 February 2017

Perjalanan.


Bismillah. 
.
Menjauh bukan bermakna lupa.
Menjauh bukan bermakna benci.
Menjauh bukan kerana marah.
Menjauh bukan kerana dendam.
Menjauh bukan sebab takut.
Menjauh bukan sebab sedih.
.
Ia semua bergantung kepada diri masing-masing.
Mungkin menjauh itu satu fasa untuk membuat satu reformasi.
Mungkin untuk memperbaiki diri.
Mungkin untuk menjaga hati.
Mungkin untuk dekat dengan Ilahi.
.
Kita tak tau sebab apa dia menjauh.
Cuma, kita boleh berdoa supaya dia jumpa apa yang dia mahu.
Dia tenang dengan keputusan itu.
Dia gembira dengan segala perjalanannya.
Tak mungkin dia akan menjauh kalau tiada sebabnya bukan?
.
Menjauh membuatkan dia lebih matang.
Dan dia tahu bahawa itulah keputusan yang terbaik untuk dirinya sekarang.
.
Walaupun menjauh, dia masih lagi mendoakan untuk mereka yang rapat seketika dahulu.
Meskipun menjauh, dia masih lagi ingat kepada mereka yang menceriakan hidupnya.
Bukan suka-suka untuk menjauh.
Tapi, kalau itu jalan yang ditunjukkanNya, ikutilah apa yang sudah dilorongkan itu.
.
Moga dengan permusafiran itu mengubah persepsi dia kepada mereka menjadi lebih baik.
Menjadi mereka lebih matang dalam apa yang diputuskan.
Doakan supaya mereka boleh mengajak kau masuk syurga bersama-sama.
Syukran alaik.

Biiznillah.

Friday 3 February 2017

Persepsi.


Bismillah.
.
Satu soalan:
Siapa kita nak menghukum orang?
.
Tidak perlu kita cepat memberi kata putus untuk menilai seseorang.
Dia ni sombong.
Dia ni bajet alim.
Dia ni becok.
Dia ni entah entah tak betul.
.
Siapa kita nak menilai semua itu?
Hakikatnya, kita hamba. Dia pun hamba.
Jadi, tiada perbezaan dan banyak persamaan.
Iaitu:
Lemah,
Bongkak,
Mengharap pertolongan orang lain.
.
Jangan cepat memberi pandangan bahawa,
“Ujian yang kau hadap sekarang ni aku dah pernah rasa dulu. Aku pun rasa benda yang sama.”
Sesekali jangan berkata demikian.
Kau pernah sarung stokin yang dia pakai seharian yang dilalui saban hari?
Kau pernah masukkan kaki kau dalam kasut dia dan terus berkata demikian?
Kau pernah jejak kaki dalam kehidupan dia sebelum sebelum ini untuk kau lontarkan suara dan kata-kata sebegitu rupa?
Kau pernah?
Mungkin ujian yang lebih kurang sama.
Tapi lain perjalanannya.
Lain cara mengatasi.
Lain rasa sakit di jiwa.
Lain luka yang dirobek di hati.
.
Hakikatnya,
Dia tak pernah rasa apa yang kau rasa
Dan kau pun tak pernah rasa apa yang dia rasa.
Masing-masing mempunyai berbeza-beza rasa sakit yang dikoyak dalam hati.
.
Jadi, jangan pernah kata aku faham yang kau alami.
Cuba untuk jadi orang yang menguatkan semasa dia memerlukan.
Tingkatkan semangat dia yang lemah supaya boleh bangkit sama-sama.
Bila sekali kau down, percayalah kau akan mengambil masa untuk kau bangkit semula.
Mungkin tempoh masa yang lama untuk kau pulihkan keadaan.
Mungkin sekejap sahaja seandainya luka yang dikoyak tidak parah.
Semuanya bergantung kepada kekentalan hati masing-masing.
.
Tapi ingat,
Kadang-kadang orang yang selalu come approach dan memberi semangat untuk kau pulih semula, dia juga akan ada masa untuk jatuh tergolek.
Kadang-kadang orang yang suka bagi semangat kat orang lain itulah yang paling down. Dia motivate orang lain supaya orang lain tak jadi macam dia.
Dan dia memang susah nak bangkit semula kerana dia berfikiran bahawa dia sudah tidak mempunyai kekuatan untuk terus menghadap perjalanan bumi.
Dan Allah sahaja yang tahu keperitan yang dilalui tetapi manusia lain akan nampak bahawa seolah-olah dia tidak mempunyai sebarang masalah.
Kerna dia selalu menampilkan muka yang ceria ketika berhadapan dengan orang lain.
.
Bersyukurlah sekiranya masih ada orang menghulurkan tangan untuk memberi bantuan.
Dan ada juga insan yang sudi memberi hadiah doa kepada kau dalam diam.
Walaupun kau tak pernah tahu siapa yang mendoakan kau,
Sedekahkan Al-Fatihah untuk mereka-mereka yang membuat amal kebajikan kepada kau.
Mungkin akan berjumpa di Syurga sana.
Biiznillah.

Monday 30 January 2017

Healer. Remedy.


Bismillah.
.
Mungkin kita rasa kita sudah cukup baik.
Mungkin kita ada rasa cukuplah dengan amal kebaikan yang kita buat.
Mungkin kita rasa ‘aku lagi baik daripada kau’.
Mungkin kita rasa ‘aku stalk dia je tapi aku tak pernah confess dia. Ok apa yang aku buat tu.’
Mungkin kita rasa ‘kenapa aku tak boleh excel macam dia even dia 24 hrs contact with other gender’.
.
Semua jawapan itu ada pada diri kau sendiri.
.
Kau pernah fikir kalau kau rasa kau cukup baik, sejauh mana tahap pengorbanan kau terhadap agama jika nak dibandingkan dengan para sahabat?
Kau pernah fikir adakah semua amalan kebaikan yang kau lakukan itu kau buat benar-benar ikhlas, diredhai dan diterima oleh Allah.  
Kau pernah fikir tahap baik diri kau itu hanya berunsurkan nafsu untuk menunjuk-nunjuk?
Kau pernah fikir dengan aktiviti stalk kau itu, ada malaikat kiri kanan sedang menyaksikan perbuatan kau dan pada masa yang sama hati kau gelojoh menambahkan titik hitam?
Kau pernah fikir di mana keberkatan ilmu yang kau belajar selama ini dan sebenarnya kau juga ada perasaan untuk membuat perkara-perkara dilarang olehNya?
.
Kita sebenarnya dilahirkan ke muka bumi ini dengan sifat baik baik belaka.
Tiada satu pun sifat yang tercela dihiasi pada diri kita.
Tapi, semakin kita meningkat remaja semakin banyak benda yang kita rasa ‘aku nak cuba juga macam dia’.
Pernah tak terfikir, andai kata ketika kita berselera melakukan dosa, nyawa kita ditarik Dia.
Apa yang kita nak jawab kat ‘sana’ nanti?
.
Apabila Allah tanya;
Apa yang kau dah buat dengan mata kau?
Apa yang kau buat dengan telinga kau?
Apa yang kau buat dengan kaki kau?
Apa yang kau buat dengan tangan kau?

Dan yang paling ngeri [soalan maut];
Apa yang kau buat dengan hati kau?
.
Mampu kah kita jawab dengan;
Aku tengok maksiat, aurat mereka yang terdedah dengan mata aku.
Aku dengar muzik yang melalaikan sehingga aku tak menyahut seruanMu dan melewatkan solat aku.
Aku pergi tempat-tempat orang berpusu-pusu dan mereka menghiburkan aku.
Aku guna tangan aku untuk menaip nama si dia untuk aku tatap gambar wajahnya satu persatu.
Dan secara tak sengaja aku dah menghitamkan hati aku ini akibat semua perkara durja yang aku lakukan selama ini.
.
Awak, apa Allah kasi semua itu hanya pinjaman. Pada kemudian hari, ketika kita berada di Padang Mahsyar, semua pinjaman yang diberikan akan dipulangkan.
Tapi, kita hidup di dunia ini seolah-olah kita merasakan bahawa semua barang pinjaman ini kita punya selama-lamanya.
Tak malu kah kita dengan Allah?
Kita hanya meminjam dan kita tak mampu memiliki.
Kerna kita hidup di dunia ini tiada seurat benang pun milik kita.
Lalu, kenapa kita perlu berlagak sombong dan merasakan semua kita punya?
.
Mari,
Kita muhasabah diri.
Kita lembutkan hati.
Kita tadah tangan, minta ampun denganNya.
Kita gerakkan kaki berjemaah di masjid.
Kita basahkan lidah membaca surat cinta daripadaNya.
.
Kadang, kita perlukan peringatan supaya kita tidak leka.
Kita perlukan sokongan untuk kita kuat berada di jalanNya.
Kita inginkan pelukan sebagai satu tanda kasih sayang daripada mereka yang sentiasa di sisi.
.
Tidak mengapa.
Manusia memang lemah.
Kita akan kuat bila kita bersama-sama.
Janji dengan diri, walau sehebat mana ujian, Allah sentiasa mengiringi.
.
Semoga metamorfosis yang kita buat ini sentiasa istiqamah.
Lelaki, tundukkan pandanganmu daripada melihat mereka yang tidak berwaspada.
Perempuan, tutup auratmu seperti mana yang telah disyariatkanNya.
.
Jangan cepat menilai kepada mereka yang masih merangkak mencari sinarNya.
Sepatutnya kita yang perlu hulurkan tangan, bantu mereka bersama-sama.
Semoga syurga milik kita.
.
Wallahua’lam.
Barakallahu feek.
Ma’assalamah.

Sunday 25 December 2016

Adakah Aku Sudah Bersedia?

Assalamualaikum peeps.

Kaifa haaluk?

Maaf, agak kekok untuk berbicara melalui kata-kata kerna selama ini hanya mampu berdiam tanpa memberi sebarang reaksi.

Maaf, andai kata diri ini banyak khilaf dalam membuka ruang minda pembaca untuk menjadi lebih matang dalam setiap langkah dan kerja.

Aku tak kuat. Aku banyak dosa. Aku sangat hina. Aku meronta untuk menjadi aku yang dulu. Aku mahu aku yang dulu. Aku yang dulu yang berjaga-jaga jika mahu melakukan dosa. Aku yang dulu taat perintah Dia. Aku yang dulu tak pernah buka cermin mata untuk melihat mereka melakukan durja. Aku yang dulu hanya diam tak bersuara. Menghakimi seseorang hanya dalam hati dan terus berdoa supaya tidak melakukannya pada masa akan datang. Aku yang dulu bukanlah aku yang sekarang. Maaf, aku tak kuat nak tempuh akan datang andai cabarannya akan jadi lebih menggila. Aku tak kuat. Aku tak kuat. Aku tak kuat. Aku nak aku yang dulu!

Tolong aku. Tolong kuatkan aku. Tolong doakan aku. Tolong tarik aku. Aku nak jadi aku yang dulu. Doakan aku kuat. Kuat nak tempuh dunia yang sangat menipu ini. Aku tak sanggup nak tabur dosa dalam buku amalan aku. Apa guna aku buat baik kalau dosa aku bersepah dalam buku amalan. Sanggup ke aku nak tengok buku amalan aku banyak yang merah daripada yang hijau. Aku nak duduk dalam tempat yang indah tapi sekarang aku buat banyak perkara yang akan bakar diri sendiri. 

Aku nak jumpa kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W. Aku nak jumpa baginda. Aku nak minta syafaat baginda. Aku nak terima kasih kat baginda kerana baginda usaha untuk sampaikan apa itu Islam dalam diri aku. Islam agama yang sangat mulia. Agama yang patut disanjung kerana terdapat ramai orang yang sangat dahsyat imannya kepada Dia.

Satu yang aku minta, doakan aku ya. Doakan kita sama-sama masuk syurga. Kita nak jadi muslim yang benar-benar muslim. Bukan muslim yang hanya pada nama. Islam itu kena aplikasikan dalam kehidupan seharian kita kerana Islam itu sendiri sudah menyeluruh meliputi segenap perkara di atas muka bumi ini.

Maaf, aku perlu undur diri buat seketika. Berikan aku ruang untuk aku cari semangat untu pulihkan aku yang sekarang. Maaf ya semua.

Alhamdulillah. Moga Allah redha. Barakallahu feek.

Semoga ketemu lagi.
Assalamualaikum.