Bismillah.
.
Menjauh bukan bermakna lupa.
Menjauh bukan bermakna benci.
Menjauh bukan kerana marah.
Menjauh bukan kerana dendam.
Menjauh bukan sebab takut.
Menjauh bukan sebab sedih.
.
Ia semua bergantung kepada diri
masing-masing.
Mungkin menjauh itu satu fasa untuk
membuat satu reformasi.
Mungkin untuk memperbaiki diri.
Mungkin untuk menjaga hati.
Mungkin untuk dekat dengan Ilahi.
.
Kita tak tau sebab apa dia menjauh.
Cuma, kita boleh berdoa supaya dia
jumpa apa yang dia mahu.
Dia tenang dengan keputusan itu.
Dia gembira dengan segala
perjalanannya.
Tak mungkin dia akan menjauh kalau
tiada sebabnya bukan?
.
Menjauh membuatkan dia lebih
matang.
Dan dia tahu bahawa itulah
keputusan yang terbaik untuk dirinya sekarang.
.
Walaupun menjauh, dia masih lagi
mendoakan untuk mereka yang rapat seketika dahulu.
Meskipun menjauh, dia masih lagi
ingat kepada mereka yang menceriakan hidupnya.
Bukan suka-suka untuk menjauh.
Tapi, kalau itu jalan yang
ditunjukkanNya, ikutilah apa yang sudah dilorongkan itu.
.
Moga dengan permusafiran itu
mengubah persepsi dia kepada mereka menjadi lebih baik.
Menjadi mereka lebih matang dalam
apa yang diputuskan.
Doakan supaya mereka boleh mengajak
kau masuk syurga bersama-sama.
Syukran alaik.
Biiznillah.
No comments:
Post a Comment