Satu soalan:
Siapa kita nak menghukum orang?
.
Tidak perlu kita cepat memberi kata
putus untuk menilai seseorang.
Dia ni sombong.
Dia ni bajet alim.
Dia ni becok.
Dia ni entah entah tak betul.
.
Siapa kita nak menilai semua itu?
Hakikatnya, kita hamba. Dia pun
hamba.
Jadi, tiada perbezaan dan banyak
persamaan.
Iaitu:
Lemah,
Bongkak,
Mengharap pertolongan orang lain.
.
Jangan cepat memberi pandangan
bahawa,
“Ujian yang kau hadap sekarang ni
aku dah pernah rasa dulu. Aku pun rasa benda yang sama.”
Sesekali jangan berkata demikian.
Kau pernah sarung stokin yang dia
pakai seharian yang dilalui saban hari?
Kau pernah masukkan kaki kau dalam
kasut dia dan terus berkata demikian?
Kau pernah jejak kaki dalam kehidupan
dia sebelum sebelum ini untuk kau lontarkan suara dan kata-kata sebegitu rupa?
Kau pernah?
Mungkin ujian yang lebih kurang
sama.
Tapi lain perjalanannya.
Lain cara mengatasi.
Lain rasa sakit di jiwa.
Lain luka yang dirobek di hati.
.
Hakikatnya,
Dia tak pernah rasa apa yang kau
rasa
Dan kau pun tak pernah rasa apa
yang dia rasa.
Masing-masing mempunyai
berbeza-beza rasa sakit yang dikoyak dalam hati.
.
Jadi, jangan pernah kata aku faham
yang kau alami.
Cuba untuk jadi orang yang
menguatkan semasa dia memerlukan.
Tingkatkan semangat dia yang lemah
supaya boleh bangkit sama-sama.
Bila sekali kau down, percayalah
kau akan mengambil masa untuk kau bangkit semula.
Mungkin tempoh masa yang lama untuk
kau pulihkan keadaan.
Mungkin sekejap sahaja seandainya
luka yang dikoyak tidak parah.
Semuanya bergantung kepada
kekentalan hati masing-masing.
.
Tapi ingat,
Kadang-kadang orang yang selalu
come approach dan memberi semangat untuk kau pulih semula, dia juga akan ada masa
untuk jatuh tergolek.
Kadang-kadang orang yang suka bagi
semangat kat orang lain itulah yang paling down. Dia motivate orang lain supaya
orang lain tak jadi macam dia.
Dan dia memang susah nak bangkit
semula kerana dia berfikiran bahawa dia sudah tidak mempunyai kekuatan untuk
terus menghadap perjalanan bumi.
Dan Allah sahaja yang tahu
keperitan yang dilalui tetapi manusia lain akan nampak bahawa seolah-olah dia
tidak mempunyai sebarang masalah.
Kerna dia selalu menampilkan muka
yang ceria ketika berhadapan dengan orang lain.
.
Bersyukurlah sekiranya masih ada
orang menghulurkan tangan untuk memberi bantuan.
Dan ada juga insan yang sudi memberi
hadiah doa kepada kau dalam diam.
Walaupun kau tak pernah tahu siapa
yang mendoakan kau,
Sedekahkan Al-Fatihah untuk
mereka-mereka yang membuat amal kebajikan kepada kau.
Mungkin akan berjumpa di Syurga
sana.
Biiznillah.
No comments:
Post a Comment