Friday 17 February 2017

Wanita.

Bismillah. 
.
.

Jangan main-main dengan emosi wanita.

Kes ibu kelar anak.
Kes ibu campak bayi dari rumah flat tingkat atas.
Kes meroyan.
Kes isteri lari dari rumah.
Kes ummul mukminin cemburu hingga pecahkan mangkuk di depan Rasulullah.
Kes emosi seorang wanita.

Saya mohon, masyarakat khususnya suami dan keluarga terdekat jangan pandang remeh bila seorang wanita kelihatan sudah mula beremosi.

Bantu dia.
Ratibkan zikir dan doa di dalam hati kita.
Peluk. Pujuk.

Wanita ketika sedang penat atau tidak sihat sangat mudah beremosi. Wanita yang sedang emosi sangat perlukan perhatian. Jangan ditinggalkan. Kalau dia mahu luah perasaan, biar dia luahkan. Dengar saja. Jangan bantah apa-apa.

Wanita ketika sedang beremosi hanya perlu melepaskan apa yang terbuku di dadanya.
Dia ingin keluarkan rasa sesak yang mengganggu. Ketika ini, otaknya tepu. Jiwanya beku!

Maka jangan masukkan apa-apa lagi.
Ini bukanlah masa yang tepat untuk memberikan nasihat, apatah lagi untuk berdebat.

Waktu seorang wanita sedang diamuk perasaan, syaitan berkerumun di sekelilingnya.
Waktu ini, setinggi mana pun ilmunya, mungkin terbang entah ke mana. Sekukuh mana pun imannya, mungkin dia akan tewas juga.

Jadi jangan marah seorang wanita ketika dia sedang marah.
Bantu dia melepasi saat sukarnya. Jangan umpan lagi kemarahannya hingga dia buat kesilapan yang akhirnya dia sendiri sesali. Tenangkan saja seorang wanita yang sedang dirasuk emosi.
Peluk. Pujuk.

Nanti bila dia sudah tenang, bila fikirannya sudah kembali rasional, bila apa yang tersumbat di dadanya sudah keluar, sudah lega, nasihatilah dia.
InsyaAllah ketika ini, nasihat kita masuk seperti air. Cair dan mengalir.

Seorang wanita itu dianugerahi Allah sifat yang sangat teliti. Kerana teliti, dia boleh menguruskan banyak hal-hal rumahtangga secara terperinci. Namun kerana teliti juga, adakalanya dia menyusahkan diri sendiri. Hal-hal yang kecil bagi seorang lelaki mungkin dianggap besar baginya.

Tegurlah jika dia tersalah. Tapi tegurlah pada masa yg betul.

Sungguh sifat seorang wanita dan lelaki tidak sama. Kemampuan mengawal emosi juga tidak sama. Maka cubalah fahami perbezaan ini. InsyaAllah, Banyak masalah dan musibah dapat dijauhi.

"Wanita itu dijadikan dari tulang yang bengkok.
Kalau dibengkokkan, semakin bengkok. Kalau diluruskan, ia patah. Kalau dibiarkan, ia terus bengkok. Maka nasihatinya dengan kata-kata yang baik."

Ini Rasulullah yang pesan. Saya cuma sampaikan. Pesanan yang sudah cukup menggambarkan betapa tidak mudahnya mengendalikan emosi seorang wanita. Justeru, Berhikmahlah.

Lelaki,
Jangan cuma mahu terima seorang wanita dalam keadaan cantik manisnya sahaja. Belajarlah juga menerima dia ketika ribut melanda jiwa rapuhnya.

Untukmu lelaki, mengertilah saat kamu ingin berkenalan dengan seorang perempuan lalu ia nampak sangat tegas bahkan terasa sangat sombong, mungkin saat itu dia sedang berusaha mengajar dirinya untuk menjaga ikhtilatnya. Hargai mujahadahnya, jauhkan diri darinya dan bawalah dia dalam doa mu. 

Terima orang lain seadanya seperti mana dia juga menerima kita seadanya kita.
InsyaAllah,
mudah melentur bahagia.
Allahumma ameen.
Biiznillah.

Wallahua'lam.

Friday 10 February 2017

Kekuatan.

Bismillah.
.
Orang selalu kata kuat itu akan hadir bila kau jatuh bergolek berkali-kali.
Kuat itu akan datang bilamana kau tempuh ujian dengan hati yang kental.
Kuat itu akan muncul pabila kau masih bersemangat walaupun kau dikecewakan banyak kali.
Kuat itu ditonjolkan perbuatan kau yang selalu ceria seolah-olah kau tak pernah ada masalah.
.
Satu aku nak pesan;
Kuat itu bermula dengan kekuatan dalaman kau sendiri.
Sama ada kau akan terus bertahan atau terus menyerah kalah.
.
Bagi aku;
Tak mudah untuk aku serah diri bila aku fikir banyak benda aku dah korbankan untuk masa depan aku.
Aku juga tak akan melatah bilamana ada sesuatu benda yang menjentik aku untuk rebah dan berasa lelah.
Aku juga susah untuk menidakkan sesuatu bila aku mahukan sesuatu.
Aku punya visi dan prinsip.
Aku punya impian dan harapan.
Bukan sebegitu mudah akan aku bertindak sedemikian.
.
Seseorang itu mencari kekuatan melalui dirinya sendiri.
Melalui lubuk hati nurani yang halus itu sendiri.
Melalui monolog dalaman dia sendiri.
Tak perlu kata-kata orang lain untuk membangkitkan semangat kembali.
.
Bila mana dalam diri berkata;
‘Sakit mana pun jalan ini, aku tetap akan hadap dia. Ini jalan yang aku pilih. Jalan yang aku ambil. Kenapa aku perlu lemah sedangkan dalam dunia ini tiada yang mustahil bila Allah berkata; Kun Fayakun!’
.
Jadi, kenapa harus takut? Tak ada sebab untuk kau takut bila kau sendiri yang nak!
Walaupun dia nampak lemah, tetapi bila kekuatan dalamannya berkata ‘Aku kena teruskan jalan ini even aku tahu ia amat perit’ dia tetap akan teruskan.
.
Satu je aku minta.
Kuatkan diri kau.
Aku ulang;
Kuatkan diri kau.
Kuatkan diri kau.
Kuatkan diri kau.
Kalau selama ini kau boleh bertahan, mesti kau boleh untuk membuang kelemahan dan menambaik perbuatan.
Walaupun susah, kau tetap perlu usaha.
Cari semula jalan penyelesaian.
.
Kalau aku, ketika aku punya masalah, aku lebih suka membaca buku yang memberi motivasi.
Menyemak helai demi helai ayat-ayat cinta daripadaNya.
Mencari kata-kata mereka yang akan membaiki diri.
Merenung kepada mereka yang cekal dalam menempuh ranjau dan duri.
.
Kalau mereka boleh bertahan, kenapa tidak kita?
Fikir-fikirkan.
Tanya pada diri.
Semoga kau akan menjumpai jawapannya.
InsyaAllah. Biiznillah.
.
Wallahua’lam.

Monday 6 February 2017

Perjalanan.


Bismillah. 
.
Menjauh bukan bermakna lupa.
Menjauh bukan bermakna benci.
Menjauh bukan kerana marah.
Menjauh bukan kerana dendam.
Menjauh bukan sebab takut.
Menjauh bukan sebab sedih.
.
Ia semua bergantung kepada diri masing-masing.
Mungkin menjauh itu satu fasa untuk membuat satu reformasi.
Mungkin untuk memperbaiki diri.
Mungkin untuk menjaga hati.
Mungkin untuk dekat dengan Ilahi.
.
Kita tak tau sebab apa dia menjauh.
Cuma, kita boleh berdoa supaya dia jumpa apa yang dia mahu.
Dia tenang dengan keputusan itu.
Dia gembira dengan segala perjalanannya.
Tak mungkin dia akan menjauh kalau tiada sebabnya bukan?
.
Menjauh membuatkan dia lebih matang.
Dan dia tahu bahawa itulah keputusan yang terbaik untuk dirinya sekarang.
.
Walaupun menjauh, dia masih lagi mendoakan untuk mereka yang rapat seketika dahulu.
Meskipun menjauh, dia masih lagi ingat kepada mereka yang menceriakan hidupnya.
Bukan suka-suka untuk menjauh.
Tapi, kalau itu jalan yang ditunjukkanNya, ikutilah apa yang sudah dilorongkan itu.
.
Moga dengan permusafiran itu mengubah persepsi dia kepada mereka menjadi lebih baik.
Menjadi mereka lebih matang dalam apa yang diputuskan.
Doakan supaya mereka boleh mengajak kau masuk syurga bersama-sama.
Syukran alaik.

Biiznillah.

Friday 3 February 2017

Persepsi.


Bismillah.
.
Satu soalan:
Siapa kita nak menghukum orang?
.
Tidak perlu kita cepat memberi kata putus untuk menilai seseorang.
Dia ni sombong.
Dia ni bajet alim.
Dia ni becok.
Dia ni entah entah tak betul.
.
Siapa kita nak menilai semua itu?
Hakikatnya, kita hamba. Dia pun hamba.
Jadi, tiada perbezaan dan banyak persamaan.
Iaitu:
Lemah,
Bongkak,
Mengharap pertolongan orang lain.
.
Jangan cepat memberi pandangan bahawa,
“Ujian yang kau hadap sekarang ni aku dah pernah rasa dulu. Aku pun rasa benda yang sama.”
Sesekali jangan berkata demikian.
Kau pernah sarung stokin yang dia pakai seharian yang dilalui saban hari?
Kau pernah masukkan kaki kau dalam kasut dia dan terus berkata demikian?
Kau pernah jejak kaki dalam kehidupan dia sebelum sebelum ini untuk kau lontarkan suara dan kata-kata sebegitu rupa?
Kau pernah?
Mungkin ujian yang lebih kurang sama.
Tapi lain perjalanannya.
Lain cara mengatasi.
Lain rasa sakit di jiwa.
Lain luka yang dirobek di hati.
.
Hakikatnya,
Dia tak pernah rasa apa yang kau rasa
Dan kau pun tak pernah rasa apa yang dia rasa.
Masing-masing mempunyai berbeza-beza rasa sakit yang dikoyak dalam hati.
.
Jadi, jangan pernah kata aku faham yang kau alami.
Cuba untuk jadi orang yang menguatkan semasa dia memerlukan.
Tingkatkan semangat dia yang lemah supaya boleh bangkit sama-sama.
Bila sekali kau down, percayalah kau akan mengambil masa untuk kau bangkit semula.
Mungkin tempoh masa yang lama untuk kau pulihkan keadaan.
Mungkin sekejap sahaja seandainya luka yang dikoyak tidak parah.
Semuanya bergantung kepada kekentalan hati masing-masing.
.
Tapi ingat,
Kadang-kadang orang yang selalu come approach dan memberi semangat untuk kau pulih semula, dia juga akan ada masa untuk jatuh tergolek.
Kadang-kadang orang yang suka bagi semangat kat orang lain itulah yang paling down. Dia motivate orang lain supaya orang lain tak jadi macam dia.
Dan dia memang susah nak bangkit semula kerana dia berfikiran bahawa dia sudah tidak mempunyai kekuatan untuk terus menghadap perjalanan bumi.
Dan Allah sahaja yang tahu keperitan yang dilalui tetapi manusia lain akan nampak bahawa seolah-olah dia tidak mempunyai sebarang masalah.
Kerna dia selalu menampilkan muka yang ceria ketika berhadapan dengan orang lain.
.
Bersyukurlah sekiranya masih ada orang menghulurkan tangan untuk memberi bantuan.
Dan ada juga insan yang sudi memberi hadiah doa kepada kau dalam diam.
Walaupun kau tak pernah tahu siapa yang mendoakan kau,
Sedekahkan Al-Fatihah untuk mereka-mereka yang membuat amal kebajikan kepada kau.
Mungkin akan berjumpa di Syurga sana.
Biiznillah.